- COMING SOON -

There was an error in this gadget

Updates Batch kita

Assalamualaikum WBT.

Sekadar memenuhi kekosongan yang lama pada blog kita.
Suka ana melaporkan perkembangan para ahli batch kita...
Mohon maaf jika ada maklumat yang kurang tepat dan sebagainya.

Irfan:

Sedang bertugas sebagai guru di Al-Amin, menggantikan Muallimah Azlinda yang cuti bersalin selama 2 bulan. 12 April ni ada interview di MARA KT Insya-Allah. Mohon nak sambung study ke UK atau Jordan.

Munzir:

Masih lagi bertugas sebagai guru komputer dan warden asrama Al-Amin. Baru sahaja pulang dari Kembara Dakwah Bumi Kenyalang anjuran MUSLEH (23-30Mac). Nantikan perkongsian pengalaman beliau berdakwah di kampung orang Bidayuh. Mantop! Bercadang untuk melanjutkan pengajian ke Yaman, mungkin seawal hujung bulan ni.

Azri:

Di kampung bersama alam semula jadi (hehe). Bercadang nak sambung ke A-Level di Taylor atau Foundation di LimKokWing, kolej kat Selangor.

Zakaria:

Setakat pengetahuan ana, adiknya Zahirah sudah keluar hospital (Alhamdulillah) dan masih dalam proses pemulihan.

Faizwan:

Setakat pengetahuan ana, Faizwan telah memasuki kolej Syahputra secara rasminya 22 Mac yang lepas...

Humaira':

Masih bertugas di Al-Amin, sebagai akauntan, juga baru pulang dari Kembara Dakwah ke Bumi Kenyalang bersama pelbagai pengalaman.

Najihah:

Juga baru pulang dari Kembara Dakwah ke Bumi Kenyalang. Tetapi telah tamat bertugas sebagai Muallimah, mendapat panggilan untuk ke PLKN (Khidmat Negara), baru sahaja semalam ke PLKN.

Mungkin sekadar ini yang ana tahu dari pengetahuan ana yang cetek ni, jadi ana sangat mengalu-alukan maklumat tambahan daripada antum sekalian. Semoga akan memastikan blog kita memenuhi matlamat ia ditubuhkan, iaitu sebagai penyambung ukhuwwah antara kita.

Muslim In Black
http://astrangemuslim.blogspot.com

0 comments:

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
:10 :12 :13
:14 :15 :16 :17
:18 :19 :20 :21
:22 :23 :24 :25
:26 :27 :28 :29
:30 :31 :32 :33
:34 :35 :36 :37
:38 :39 :40 :41
:42 :43 :44 :45

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Seindah Ukhuwwah Ini.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net