- COMING SOON -

There was an error in this gadget

Doakan adik kita Zahirah ( adik akh Zakaria )

Assalamualaikum sahabat-sahabat..moga kalian berada dalam naungan Allah ta'ala..

Baru-baru ni gempar dengan kemalangan yang berlaku kepada adik Zahirah, adik kepada Akh Zakaria. ana sendiri lihat kejadian tu.. macam biasa student Al Amin yang dari rantau dan sekitarnya tunggu di tepi jalan dungun-kemaman.. masa tu jalan memang gelap, lebih kurang 6.50 pagi, tambah-tambsah lagi sekarang subuh lewat jadi lambat sket nak cerah tu. lampu jalan pulak mase tu memang dah tutup. memang gelap betul. ana baru habis melintas dengan adik ana Farhah..baru letak beg, dan ana sempat nampak adik Zahirah kita ni nak melintas dari seberang...

sekejap ana menoleh ke tempat lain, kemudian terdengar bunyi motor, ana berpaling ke jalan dan nampak motor tu langgar sesuatu, ( sejujurnya, ana ingat motor tu langgar batu atau sesuatu yang keras dan ana ingat adik Zahirah dah selamat melintas ).. motor tu tercampak, penunggang pulak beberapa kali berpusing di udara sebelum terhempas beberapa meter di depan. ana bergegas ke arah penunggang sebab ana langsung x terlintas dalam fikiran yang die langgar tu 'seorang budak'.. ana ke tengah jalan dan nampak seorang budak perempuan, ana ingatkan anak kepada penunggang motor tadi, tapi bila dah nampak adik tu pakai baju KRS, Pak Cik Zul pulak datang ( ayah kepada Zakaria ), baru ana tahu yang tu Zahirah.. Bas sekolah sampai.

mula2 x berani nak angkat sebab struktur tubuh badan nampak pelik.. polis bantuan ( yang bekerja di pos kawalan rantau petronas ) datang sekat jalan sebab kenderaan2 yang lalu memang laju.. terpaksa angkat ke tepi takut2 ade kenderaan yang x sempat berhenti.. ambulans pulak datang lambat, jadi Zahirah di angkat masuk ke dalam kereta Pak Cik Roslan ( ayah Ridhuan Haniff ) dan dihantar ke Klinik Rantau Petronas. semasa adik Zahirah diangkat, astaghfirullah..boleh nampak dengan jelas tulang betis keluar, bukan di sendi tapi memang tulang yang patah..Ana cuba call zakaria, tapi x angkat..

pelajar2 lain naik bas... ana x jadi ke sekolah, ana ikut ke klinik rantau... x sedap hati tengok keadaan adik sahabat.. ana dengan abang ana ke rumah zakaria untuk maklum kejadian ni..

adik kita Zahirah dibawa ke hospital Kemaman..Limpa rosak dan terpaksa di buang...berita yang terbaru ana dapat setakat jam 1.04 petang ni, keadaannya masih tidak sedarkan diri.sekarang di Hospital Kuantan. terdapat 3 tempat darah beku di bahagian kepala.

Doakan adik sahabat kita ini. Semoga Allah memanjangkan umurnya dan permudahkan segala urusan.

kepada Akh Zakaria, kami tumpang simpati atas apa yang berlaku dan Insya-Allah sama-sama kita buat solat hajat dan berdoa agar adik kita Zahirah selamat.

* satu perkara yang ana perasan ialah motor tu x pasang lampu.. dan sangat laju. penunggang motor tu hanya cedera ringan

0 comments:

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
:10 :12 :13
:14 :15 :16 :17
:18 :19 :20 :21
:22 :23 :24 :25
:26 :27 :28 :29
:30 :31 :32 :33
:34 :35 :36 :37
:38 :39 :40 :41
:42 :43 :44 :45

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Seindah Ukhuwwah Ini.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net